Monday, March 29, 2010

ALBUM GAMBAR KITA

ALBUM GAMBAR KITA

di kaki bukit kerinci,
aku siat helai-helai gambar cinta,
dan carik-carik wajah gembiramu,
dari album kenangan,
yang disitu pernah ada kau, aku dan kita,
suatu masa dahulu.

bersaksi bukit bangsar,
aku renyuk-renyukan senyuman,
bergumpal dalam genggaman kecewa,
walau disitu pernah terlukis,
riang tertawa terpotret ,
yang sekarang sudah bertukar hiba.

aku koyak helaian cerita ini,
bab demi bab dan lempar jauh,
dari satu muka ke satu muka lain,
dalam dasar sungai gombak atau sungai klang,
biar dibawa arus, pergi menjauh menghilang,
tak dapat dilihat tenggelam kedasarnya,
kerana aku redha ini bukan cerita aku.

Wednesday, March 17, 2010

TANGAN YANG MENGAPAI

solidariti buat kanak-kanak kecil yang tidak berdosa didera dan dibunuh kejam. aku titipkan bersama lirik lagu yang berkisar tentang penderaan waktu kecil aku dahulu.

Tangan Yang Mengapai
Artis : N.S.R
Lagu : Dennise
Lirik Terbitan : S.C.A.N.


Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan

Atas kesedaran
Mari kita pastikan
Kisah yang sedih
Tidak berulang