Friday, November 27, 2009

API SEMALAM

Semalam aku bermain api,
Kecil saja nyalanya,
bermusim sudah menyala; api lama,
Tetap bahang,
Aku tahu merah warnanya,
kadang-kadang jingga menyala,
aku sendiri tahu,
api itu berbahang panas,
Bakal menggigit kuat bila menyentuhnya.

Degil,
Konon sudah tegal dijamah api,
Konon sudah kebal dek ilmu tahan api,
panas serta lecur;
Tidak rupanya,
Tetap juga hati ini terbakar.
Hitam dan legap; hangus.
Lecur kulit-kulit rasa,
Pedihnya dalam-dalam jiwa,
Aduh sakit;
Mengaduh sendirian.

Thursday, November 26, 2009

HATI BISU

Berdesir-desir kata merawang keluar,

Dari mulut paling dalam,

Tak punya bibir tidak jua bergigi,

Bergusi rasa, berlidah naluri,

Mulut bisu;

tiada bersuara;

itu

HATI.


Seperti asap-asap,

Kadangnya putih;

Hitam juga bergerombol,

Bait-bait hati juga berbicara,

Kadang-kadang meninggalkan bekas,

Pedih dan berparut,

Indah dan bertaut.

Tuesday, November 24, 2009

HATI MULA KATA

saya suka tulis puisi,
suka baca puisi juga,
tapi saya bukan puitis,
mampu ukir puisi cantik.
sini saya cuba berpuisi.


***
ini sisi lain aku untuk cuba menulis puisi-puisi. ingin menjadi seperti mereka-mereka yang mampu menulis puisi dapat diterjemah dengan sebuah rasa yang indah. aku mula mahu mencuba.