Saya ada empat rangkap pantun untuk dijual. Silalah asah bakat mengarang berpantun dengan beli mana-mana rangkap yang saya jual. Untungnya membeli pantun ini tak nampak dengan ukuran jasadnya, tapi sebaliknya kamu kaya dengan kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Kamu harus mempunyai perasaan yang indah tetapi melahirkannya dengan pertimbangan fikiran yang tajam. Selamat mencuba.
Malam gelap pasang pelita,
Kain perca buat sumbunya;
Ramai orang berjanji setia,
kenapa tidak dengan sungguhnya?
Hari minggu mahu berkelah,
Pantai Balok airnya bersih;
Bersumpah sudah berjanji pun sudah,
Mengapa tergamak bercabang kasih?
3.
Giling cili bersama belacan,
Racikkan nenas buatkan acar,
Bila dah rindu mengulit kenangan,
Merintih kalbu adakah penawar?
Mekar kemboja bunga di taman,
Simpan setangkai didalam balang;
Tika ketawa ramai berteman,
Bila menagis kemana menghilang?
10 comments:
pandai berpantun ya..
ijad:
sudi-sudikan beli ijad =)
saya beli yer..semua skali
1. Menangkap lipan di pohon peria
Lipan disimpan di dalam jubah
Tidak bersungguh berjanji setia
Kerana hati sentiasa berubah
2.Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
sumpah dan janji teap dilanggar
kerana nafsu terlalu diikutkan
3. Nak ke bandar kenalah melawa
walaupun rambut penuh kutu
merintih kalbu bukanlah penawar
yang penting ingat tuhan yg satu
4. kalau nak skodeng awek berbikini
pergilah ke pantai yang terdekat
sudah resam diwaktu ini
bila susah tiada yang dekat
amcam cikgu? brapa markah saya dapat? hahahhaha
ateng:
wahhh pandai betul jawab pantun!
markah penuh ni
2. burung merpati di atas titi,
mati diterpa putera jawa;
lantaran ikhlas tak mekar di hati,
kasih diberi dipinggir kecewa.
beli nombor 4.
berlagu bayu kadangnya hilang
bayu bertiup di Tanjung Bidara
ketawa bersama, menangis seorang
sudah lumrah, begitu dunia
izul:
saya jual ya..
para:
terima kasih sudi membeli
1)
Kain pelekat bercorak pedada,
Dipakai pangeran di atas pedati,
Janji diikat sungguhnya tiada,
Lantaran iman luruh di hati.
3)
Dayang Hulu berbaldu terang,
Berwarna emas hati terkesima,
Atma pilu rindu bersarang,
Zikir diratib penawar utama.
4)Mejelis dipandang bidadari Tualang,
Disunting arjuna berjiwa kudus,
Tangis bertandang teman menghilang,
Ta'aruf pudar takaful tandus.
yein:
pandainya dia membeli pantun
Nk try lah jwb..
Xtau sesuai ke x..
2.
Nyonya Melaka membeli rotan,
Rotan dibeli di Tanjung Lumut,
Rotan rencong memagari makam,
Ibarat Gunting dlm lipatan,
Seperti musuh dlm selimut,
Bagai Api dalam sekam.
Post a Comment