ALBUM GAMBAR KITA
di kaki bukit kerinci,
aku siat helai-helai gambar cinta,
dan carik-carik wajah gembiramu,
dari album kenangan,
yang disitu pernah ada kau, aku dan kita,
suatu masa dahulu.
bersaksi bukit bangsar,
aku renyuk-renyukan senyuman,
bergumpal dalam genggaman kecewa,
walau disitu pernah terlukis,
riang tertawa terpotret ,
yang sekarang sudah bertukar hiba.
aku koyak helaian cerita ini,
bab demi bab dan lempar jauh,
dari satu muka ke satu muka lain,
dalam dasar sungai gombak atau sungai klang,
biar dibawa arus, pergi menjauh menghilang,
tak dapat dilihat tenggelam kedasarnya,
kerana aku redha ini bukan cerita aku.
3 comments:
tak simpan copy at all?
maksu:
hard copy dengan soft copy delete terus
itu langkah yg betul sebenarnya.
mak aku yg bagi tahu.
cari yg lain :)
jodoh tu sudah tertulis !
kita dipertemukan dan dipisahkan.
hanya untuk mengenal erti kehidupan..
Post a Comment