Friday, October 8, 2010

BERTAMU DALAM SENGSARA

"camnilah.... awak teruskan kehidupan awak untuk masa depan awak... jika ada jodoh pasti kita bertemu jua..."


***


hujung jalan cerita cinta,
badai ribut menjemput aku,
bertamu dalam sengsara,
basah dalam kecewa dek titis-titis hujan air mata,
zahir tak kelihatan pada wajah aku pecinta kecewa.
pasti, badai ini lambat berhenti,
melara dan melarat bermusim,
belenggu tengkujuh rasa kecewa bilakah berhenti?
tak mungkin membersih rasa rindu,
yang pasti membekas parut,
biar sekelumit guris yang tercarik,
pasti pedihnya kecewa tetap berabad dirasa.

5 comments:

-cisma shiberi- said...

datangnya susah dan sukar..
sedih dan sendu..
pedih juga pilu..
kau tahu??
mungkin tahu..sbb itu yg kau lalu
dia tahu...mereka tahu...aku juga tahu itu..
tapi ada yg masih kau tak tahu..
yang itu..
itu hikmah disebalik jadi..
aku mahu kau tahu itu..
redha ketentuan insyaallah kau aman tenang..
lagi ingatku...
jgn kau hina keji diri..
baik terus bangun atas kurnia diberi...

faqhrule said...

kak mas:
terima kasih atas puisi nasihat tu. :)

Rajuna said...

aku nak cakap apa pun tak tau. tapi sakit kau tak lama. percaya lah.

Sesumpah said...

ehh ada kes dah putus bertahun2, tiba2 kahwin (:

Chrishhvu said...

aku nak cakap apa pun tak tau. tapi sakit kau tak lama. percaya lah.