Thursday, November 26, 2009

HATI BISU

Berdesir-desir kata merawang keluar,

Dari mulut paling dalam,

Tak punya bibir tidak jua bergigi,

Bergusi rasa, berlidah naluri,

Mulut bisu;

tiada bersuara;

itu

HATI.


Seperti asap-asap,

Kadangnya putih;

Hitam juga bergerombol,

Bait-bait hati juga berbicara,

Kadang-kadang meninggalkan bekas,

Pedih dan berparut,

Indah dan bertaut.

5 comments:

kutukiti said...

ini saya pahami..
kalau ikut kata ringkas..
maksud kamu..
"hati adalah hati"
general bukan?

patutnya kamu tulis hati ttg kamu.. atau hati di persekitaran kamu. sebab itu yg mungkin saya dan org2 lain ingin tahu.

apa pun.. puisi kamu sedap!

faqhrule said...

kutukiti:
betul,
hati adalah hati. yang tak ada mulut tapi masih boleh berkata-kata. kata-kata dari hati itu paling ikhlas walaupun kadang-kadang ianya sakit dan memedihkan.

tapi tak sehebat hatisibelacan.blogspot.com itu kan?
hehe

Shahrul Azry said...

tingkatkan metafora anda fakrul.

kutukiti said...

ya Allah..
merepek aje yg lebih hatisibelacan tuh.

faqhrule said...

saruk:
sedang berusaha :)

kutukiti:
tapi bahasa disitu cantik juga