Friday, September 3, 2010

RATAP PUASA

lima hari berlalu,
puasa hanya lapar dan dahaga,
manis pahala nikmat berpuasa,
lebur dihujung nafsu,
biarpun tiada makan yang lazat,
atau air nikmat yang membatalkan sah puasa,
bahagianku puasa hanya lapar dan dahaga.

ya Rabb, pada mu aku masih mengharap,
agar nur ramadhan masih menyinari sisa bulan mulia ini,
menerangi lorong legap hidupku,
yang sudah terlepas sepuluh pertama rahmah,
keciciran sepuluh kedua barakah,
janganlah tiada sedikitpun 10 terakhir maghfirah.

4 comments:

adrenalin said...

janganlah tiada sedikitpun 10 terakhir maghfirah.

insyaallah
:)

faqhrule said...

insyaallah

syafiqxsaifullah said...

semoga dipangjang umur ke Ramadhan seterusnya.
InsyaAllah

Diane said...

insyaallah