Friday, February 12, 2010

TAK ADIL

apa benda,
yang orang mahu, dia dapat;
bila aku mahu, tak siapa lihat.

apa benda,
yang orang mahu; cinta kasih,
bila aku mahu, tapi jauh tersisih.

apa benda;
yang orang mahu;
ambil tahu,
bila aku mahu, buat tak tahu.

apa benda;
yang orang mahu;
teman setia ,
bila aku mahu, disia-sia.

apa benda;
yang orang mahu;
riang bernyanyi,
bila aku mahu, senyap sunyi.

apa benda;
yang orang mahu;
perhatian,
bila aku mahu, bolayan.

apa benda;
yang orang mahu;
tulis puisi indah,
bila aku mahu, cuma tulis puisi sampah.

Sunday, February 7, 2010

SOLUSI

saya tak pasti,
samaada tadi;
sungai gombak atau sungai langat,
deras arus yang menderu laju,
menjadi saksi berwakil wali,
kepada ijab dan talaq,
simpulan tindih kasih cinta kita.

bukit-bukit bangsar,
jauh terlopong memerhati,
mana hujungnya diskusi hati,
soal saya, soal perasaan, soal awak,
soal cinta kita.
lama berkecamuk kian membarah.

hujungnya masih persis,
gagak terbang - pulang kembali,
atas ranting cinta yang kian sekah,
tanpa konklusi.


7/02/2010 - Bangar; The Gardens Food Court

Saturday, February 6, 2010

TUMPUL

tiada kata banyak aksara,
yang aku mampu susun,
jadikan satu kata yang bermakna;
menzahir baris puisi indah,
yang ada, roh, jiwa dan jasadnya.

stanza demi stanza,
ditulis tapi potong semula,
ada ganti pada tiap makna sinonim,
diolah-olah menjadi cantik,
gagal juga biar berkali diulang,
jemu dan mengamuk!

cakar dan ronyok,
kertas-kertas putih tak berdosa,
lecut jauh-jauh,
tempias bengis amarah,
dek tumpulnya kritis idea,
untuk cuma,
melukis sebuah puisi indah.


***
bodoh. aku tak pandai tulis puisi indah.

Tuesday, February 2, 2010

KANTUK MATA

anak mata tumpuan,
yang tadi segar kembang irisnya,
kini menguncup,
mengecut-kecut.

fokus tajam fikiran,
yang tadi kilat bilah kritisnya;
mula menumpul,
berdikit-dikit.

padu matlamat perhatian,
yang tadi keras kental konkritnya,
kini merapuh,
berderai-derai.

ironinya; aku mengantuk.