Saturday, February 12, 2011

HATI BISU TIDAK MATI

bukan hati ini mati lidahnya,
atau berkata tiada butir bicara,
cuma nahu bait-bait rasa aku kepungkan,
dalam satu bekas fikiran yang rapi,
biarkan ia melonggok menjadi ketulan padu yang keras,
dengan janaan perasaan luhur ikhlas,
terluah bila kedap pemikiran aku bukakan pada suatu ketika;
bilamana ketika itu semua rasa tercurah,
menjasad sebagai satu roh dan jiwa puisi yang indah.

2 comments:

✿ milly molly ✿ said...

sweet words, sweet talk ya..
no wonder :)

Smith said...

sweet words, sweet talk ya.. no wonder :)