Saturday, June 15, 2013

IKHLAS

paling pantas yang terpacul,
dari hujung lisanmu adalah dua;
samaada ianya hati yang mendahului akal,
memaksa bicaramu terzahir,
atau;
akal yang menyulam kata-kata hatimu,
cantik susun kosa katanya, indah gaya bahasanya.

manakah pula katamu yang tadi kau tengakkan tiang ikhlasnya,
adakah akal menipu benakmu,
mendustakan hati, mendahului nafsu,
berpintal-pintal lisan menggambarkan hati,
yang hakikatnya jiwamu sendiri yang mendustakan.

nah,
kembali bertanya pada akalmu,
dalam-dalam hatimu,
pijak nafsu pada lantai dingin warasmu,
jika tiap lisan yang dilontarkan,
yang pernah kau zahirkan,
yang ikhlas kau katakan,
apa ukurnya?
apa pembarisnya?
apa sukatnya,
setiap ikhlas kata-kata?

1 comment:

cik pelangi said...

ikhlas tiada kayu pengukur...
usahkan diukur pembaris..
tali pengukur juga xmampu membuatkan lisan mengatakan "ye, aku ikhlas!"

ikhlas dari hati..
jika diberkati..
inshaAllah, janji Allah tu pasti.. bukan kita pengukurnya..
tiada yg sempurna dimuka bumi Allah ni..
kerana kita cuma si pencari..
yg menentukan.. Dia sesungguhnya yg Pasti.. :)